Sunday, 25 January 2015

Untukmu

Biar kita mimpi,
jauhnya mencapai Bima Sakti.
Kerana jika ia jatuh,
jatuhnya ke langit ke tujuh.

Biar kita kawan,
gaduhnya tiada berhari.
Kerana jika wujud bosan,
wajahmu yang kucari.

Biar kita disayang,
dua tiga orang.
Kerana jika kita ditinggal,
masih ada yang kekal.


NZ | 250115

No comments:

Post a Comment

SCHOOL MATTER EVERYDAY! -BONGO STAND PATAH-

 Hi 2024! Bismillah...Assalamualaikum dear readersssss So basically dah masuk tahun baharu, 2024. Hari berganti hari, bulan berganti bulan d...